Friday, March 30, 2012

demam - baru bermula !

penat seminggu tak hilang lagi , ditambah dengan selsema yang sungguh mengharukan .
(penat berjalan sebenarnya :P)

benarlah orang kata , kalau benci jangan benci sesangat . kalau suka jangan suka sesangat . nah , amekaw !
dulu , aku paling menyampah tambah anti gila dengan korea , manakan tak , tak habis habis budak budak kat kelas aku sibuk dengan kekoreaanya , menyampahlah aku :) hehe . sekarang , aku pula demam korea . ehek , ni semua pasal aku kerja dekat dubu-dubu tulah , restoran korea . huehe . setiap hari lagu korea dipasang , manakan tidak , aku turut melayan , haih ~

okay , demam korea aku ni bukan pasal suka sangat dengan band diorang , cuma dari segi style dan gaya . tambah lagu dan cerita sesikit :) muehehe .
---> telefon korea
---> beg korea
---> style baju 
tapi paling aku suka adalah , telefon diorang . aku gila gadjet ! ahh . nak bandingkan telefon korea dengan csl malaysia , aku rasa jauh lebih baik . csl ni guna peranti dari china , dan hampir 80% bentuk telefon diciplak dari telefon terkemuka dunia , terutamanya nokia , lepas tu sony , samsung dan etc . macam mana lah nak maju ? erghh . copycat sungguh !

sekarang dalam tangan aku dah ada handphone korea , samsung c3560 . wahh , kelas kau ! sebijik macam korea . haha . ditambah dengan aksesori tepi telefon tu . (aku pantang nampak benda comel) haha .
aku ada juga try usha lowyat , pertama dan sungei wang , rupanya handphone lg lollipop memang susah dan dah stop dekat pasaran . hampagas ! aku nak sangat handphone tu . kimeks !
aku dah tak kesah pasal beri hitam , android kejadah , skrin sentuh .. ahh , pedulikan . yang penting dia flip flap dan buatan korea :) haha . asal aku puas hati . ahh !

salam demam koreah ! haha , sorry sorry sorry 

baru habis menonton drama you're beautiful - a.n.jell semalam . 16 episod penuh drama !

Friday, March 2, 2012

shortcut story - happy birthday :)

well , dah lama rasanya sejak last update first of january lepas , hari ni baru aku buka blog .
serba serbi sedikit nak menaip . memandangkan ada kawan fb aku yang stalk blog aku dan dia mengingatkan aku tentangnya ;D credit to salwa ! (kembang lettuw)

selepas new year aku bekerja seperti biasa , di bawah naungan the chicken rice shop , anak syarikat terbarunya selepas sweetchat dan pancake house international , kini dia menjelmakan sebuah restoran basic korean food , DUBU DUBU ! yeah , kinda weird . dubu = tofu ! bukan , dubu = dubur ! shit , salah tau !

beberapa bulan kebelakangan ni , aku sibuk mencari rezeki , well , banyak sangat komitmen bila dah bekerja . firstly duit unifi . second duit psp . aku beli psp bayar dua kali . nasib baik lah dapat murah rm500 jeek ! haha , dua rat seteng sebulan . dan bulan ni last aku bayar , lapang sudah kesempitan masalah hutang aku :D

pagi yang sepi ni , sambil ditemani lagu someone like you by adele pemenang grammy award baru baru ni , dan juga irama mesin basuh yang berpusing ligat untuk membersihkan baju baju aku yang dah lama berlonggokkan dalam bilik sampai mama aku membebel tak sudah , haha . agak gila basuh ditengah pagi yang mulia (jumaat kan) , aku tak tak tahu nak tulis apa (tipu gila !)

well , aku cuma nak update je (tipu syaitan!) , haha . okay , okay , white flag ! aku menyerah , aku nak tulis pasal kawan aku ni , kawan baik . baik ke ? haha , baik lah .
hari ini , 3/2 birthday dia , genaplah 18 tahun . well , pekerja yang baik di nandos mid valley , dimengorati oleh ramai jejaka nandos dan berdekatan dengan dubu dubu tempat aku mencari emas (tipu!) di mid valley . haha .
aku cuma nak wish kat kau , selamat hari penuaan ! setiap saat kulit kau akan berkedut dan kau bakal tua . haha . kurang sopan ayat aku ni . well , masing masing dah busy , kadang kadang tak ada masa nak balas mesej , tak macam zaman sekolah dulu . setiap hari bertexting . haha . merepek repek mesejnya , tapi memang boleh terghelak (ayat lama) bila mesej . sampai orang sekeliling pandang aku naik sheikh <------ ( naik gila lah) . haha . now , dah kerja , tumpukan perhatian kat duit . aku pun sama , dah tak ada masa nak mesej orang . tapi aku tak pernah tak mesej dia , cuma dia tiada kredit nak balas , aku paham :) haha

okay , big girl now dah kan , go go go , get your life , live your life to the fullest girl and bila dah ada boyfriend jangan lupa bagitahu aku ! boleh lah ceritakan perangai kau tu . :3 <---- (muka tak bersalah)

anyway , aku dah pun nak berhenti kerja 15 hb ni , dengan badrul . tinggal lah syakir saroang diri disana :)

penat nak taip panjang panjang . okay . aku berhenti taip :D