Thursday, April 25, 2013

Hanya Kerana Gambar

Mungkin salah aku,
Kerna gambar itu,
Kau menjauh.

Kau mengerti,
Maksud yang ingin aku sampaikan,
Aku mengerti,
Apa yang kau coba maksudkan.

Aku cuma,
Menguji.

Menguji dari gambar,
Tindakan bodoh, aku sedar,
Menyakitkan hati kau umpama aku sendiri yang terluka.

Itu,
Hanya kerana gambar.
Bagaimana hati ?
Bagaimana naluri ?
Bagaimana perasaan aku ?

Yang belum lagi sembuh,
Dari duka silam yang menghantui,
Yang mencorakkan aku sehingga begini.

Hanya kerana gambar,
Kau pergi.