Sunday, October 30, 2011

main hujan itu seronok - bab 2

aku menyental kereta yang hitam .
hitam dengan debu dan asap . asap kota metropolitan , kuala lumpur .

menyental dengan lemah longlai . bukan lemah . tapi peka . peka terhadap kotoran .
haha.
dengan air sabun yang ada , aku menyimbah ke atas kereta . memandangkan kain hanya satu , aku yang menjadi mangsa sental . sesekali aku mengeluh perlahan - aku tak suka mengeluh !


iqbal menyental bahagian kanan kereta , manakala leha bahagian enjin depan . aku pula tukang jirus .
"penat lah , kau buat lah" - bentak iqbal .
"bodoh ! sikit-sikit penat ! mana tak penat asyik baring 24 jam je !" - maki aku .
"aku bukan apa , tu merehatkan minda" - balasnya .
"sengal , tak ada mananya !" - jawab aku .
iqbal mengeluh panjang dan aku teruskan leteran - aku suka berleter


hari mulai gelap . langit seakan tak terdaya menahan berat air .
sedang aku elok mencuci , hujan pun turun .
"yeah ! dah hujan , esok demam tak payah pergi sekolah !" - jerit aku .
aku terlalu gembira kerana menginginkan demam .
"kau ni , aku dah lah baru baik demam . bukan senang nak hilangkan demam aku . dua minggu !" - sahut iqbal.
"ah , aku pun sama, so ?" - balas aku .
masing-masing tersenyum .
leha seakan gembira bermain hujan .

"leha , cepatlah ! kemas barang , hujan makin lebat" - teriak aku .
aku kelam kabut membuka kereta dan masuk ke dalam .
leha terkial-kial mencabut batang paip .
aku segera masuk menutup pintu . iqbal terlebih dahulu berada di dalam .
leha ? nampak sahaja kitaorang dah masuk . dia lantas membuka pintu dan menutupnya segera .
"apahal paip tinggal kat luar" - soal aku .
"dah korang tinggalkan aku masuk dalam kereta . malaslah aku" - bentak leha .
"bodoh , baik kau ambil cepat , aku temankan" - kata aku .

aku membuka pintu . tidak keluar . leha dengan segera menggulung paip . - padahal paip kat luar pintu kereta je .
setelah semua selesai , aku hidupkan enjin .
lalu menekan gear automatik dan bergerak kembali ke rumah .
setelah mengambil parking , kitaorang keluar meredah hujan . sudahlah lebat . lenjun !

apa-apa pun main hujan adalah yang terbaik ! memang aku akui , aku suka main hujan . tapi masa kecil dulu lah . sekarang tak lagi . sekali sekala kena hujan pun best .

apahal tak demam-demam jugak ? haha .



main hujan itu seronok - bab satu

sedang aku leka menghadap fb , mama mencelah kesunyian di bilik .
tersentap aku dari lamunan .

"kata nak basuh kereta , pergilah.." - mama memulakan seruannya .
aku hanya menjawab sepatah dua kata - "kejap lagilah"
mama pun berlalu meninggalkan aku di bilik keseorangan . sambunglah aku menghadap fb yang tergendala .

memang aku dah berjanji nak basuh kereta selepas aku potong rambut .
lalu , aku menghabiskan chat aku bersama si N . lantas aku bangkit dari katil dalam bilik mama .

"ma , mana barang yang nak cuci kereta tu ?" - aku bertanya .
"carilah dalam bilik air" - balas mama .
aku mengajak leha teman aku basuh kereta .
iqbal tidak terkecuali , daripada dia duduk merenung nasib , lepas tu mengeluh berpanjangan .

barang semua sudah siap . aku memulakan langkah . mengambil kunci kereta dan menghidupkan enjin .
pada masa tu , hari dah pun gelap . guruh sambung menyambung . kilat sambar menyambar .
aku tetap berdegil hati untuk basuh kereta . lagipun kalau kena hujan , boleh cuti ;D

kawasan membasuh kereta hanya terletak beberapa meter dari kawasan rumah aku .
dalam kawasan apartment juga .
sesampai tepi tong sampah , aku mematikan enjin . kitaorang bertiga keluar dari kereta .

okay , misi dijalankan .
rempah ratus a.k.a sabun serbuk diletakkan di dalam kuali a.k.a baldi .
air dimasukkan dan kacau hinga sebati . keluar lah buih-buih putih hasil sebatian tadi .
kerja membasahkan kereta dirasmikan oleh aku .
leha dengan iqbal pemalas !
aku cuma memaki diorang sehingga masing-masing seakan pasrah untuk membasuh kereta .

to be bersambung ...

akhirnya .

hujan dengan panas silih berganti .
langit muram tak semena-mena .
hujan pun turun .
langit cerah . cerah kerana mentari . menyinari alam .

begitulah ceritanya , silih berganti .

sedang aku berbaring di atas kerusi kayu , sambil menonton tv .
terdetik juga hati nak ke kedai gunting rambut .
okay , keputusan muktamad . nak gunting rambut !

aku segera bangkit dari posisi aku yang terbaring .
lalu mengambil kunci kereta mama yang dihiasi patung lelaki yang diperbuat daripada kayu .
elok sahaja terletak diatas meja tv .

"iqbal , teman aku gunting rambut" - aku berkata .
"kau hantar aku sekali balik rumah lah" - dia balas .
"otak kau , kata nak stay sampai esok , teman aku sekolah sama-sama" - rungut aku .
"aku nak pergi tempat lain lagi" - balasnya .
aku yang kurang kedengaran bertanya sekali lagi dan mendekatkan telinga aku kemuka dia .
"aku nak pergi tempat lain lagi" - ulangnya .

malas untuk aku mengajukan soalan lagi . aku lantas berkata ya , tanda malas . malas nak soal .
lantak kau lah .

aku menuruni anak tangga dan menekan butang untuk membuka kereta .
kereta keluaran proton - persona , itu aku naiki dan mula menghidupkan enjin .
aku menunggu sehingga enjin panas .

mulanya aku ke tempat pakcik omar .
wahh . ramai sekali budak sekolah menunggu giliran .
pakcik omar memang satu-satunya orang melayu yang membuka perniagaan gunting rambut di sentosa .
memang ramai lah kan jawabnya .
tak sanggup aku nak menunggu .
dah lah satu orang setengah jam . gila apa .

pusing keliling aku mencari kedai gunting rambut .
akhirnya , jumpa juga .
kedai gunting rambut uncle india .
aku masuk dan bertanyakan harga .
RM 8 . mahal . lebih bagus pakcik omar . RM 5 budak sekolah .
aku cuba meminta harga sebanyak RM5 . uncle tu kata tak boleh .
okay , aku pergi juga sebab esok dah nak sekolah . panjang rambut aku .
melilau mata cikgu tengok . dah lah aku pengawas . haha .

sedang aku gunting rambut . iqbal tergelak .
aku dah lah tak percaya sangat kalau india gunting ni .
pernah ada satu kes masa aku tingkatan satu . habis gondol rambut aku dibuatnya . botak !
trauma aku .

kecepatan tangan uncle tu menggunting rambut aku sangat mengkagumkan .
cuma 15 masa diambil .
lalu aku membayar sebanyak RM7 kerana aku kekurangan duit . haha . buat malu je .
uncle tu seakan pasrah bila aku kata nanti aku bayar lagi seringgit .
dia cuma kata "tak payah" .
senyum aku . jimat seringgit .

akhirnya , rambut aku dipotong . kelakar  . iqbal gelak , katanya macam padang bola !
sial ! - bentak hatiku .
setan ! - kata mulutku .
aku tersenyum sambil memaki .

haha . bodohlah !

kalau pakcik omar , jimat RM2 aku . haha


Penjelasan / explanation

apa yang aku nak jelaskan ?

pasal blog aku .

pertama sebelum yang lain , bila ada pelawat yang masuk ke dalam blog aku . korang akan mendapati , ianya kosong .
aku tak reti menambah perencah ke dalam blog .
kecantikkan blog bukanlah perjudian aku. 

apa yang aku judikan disini adalah kisah aku yang berceritakan kehidupan .
sekitar 24 jam hidup aku . aku akan tuliskan .
yang pasti , ada tapisan . bukan semua aku syairkan :)

kedua sebelum yang ketiga , aku , lagi sekali , memperjudikan bahasa aku .
bahasa yang aku gunakan mungkin agak berbeza . ada kalanya akan terselit sekali dengan second lingua franca .

ketiga sebelum terakhir , cara penulisan aku berbeza . cara puitis . haha - aku rasa lah .

keempat memang terakhir , aku tidak perlu mempunyai banyak pengikut . kalau nak serta , terima kasih aku ucapkan . sebarang komen yang membina aku terima . yang menghina aku telan . 

okay , salam sayang istimewa bagi yang selalu mengikuti perkembangan blog aku yang entah bila nak kembang . sebelum berakhir , blog aku senang dibuka , tanpa lagu , dan cepat , tidak memakan masa kerana peratus widgets adalah sebanyak 0.4% sahaja . 

bagi profesional blogger , kalau korang tersempak dengan blog aku . tolong jadi sifu dengan komen yang membina ;D

gunting tak tergunting

cadang nak pergi gunting rambut .
bila tengok , ramai orang .

tak lah ramai mana .
lagi dua orang je .

tapi nak tunggunya . nauzubillah lah kan .
sorang customer je dah setengah jam . imagine lah .

lagi dua aku kena tunggu satu jam ! maiigadd .
berpanjanglah rambut aku nanti . haha .

letih lah macam ni . ==''


meng-wall-ing

pagi ni aku pulun dua pinggan nasi lemak - memang gemok lah kan .
sambal tu cili dia pedas - berapi mulut .
sambil makan , aku bercakap . - sunnah nabi :)

hari ni hari ahad . macam biasa , aku tak suka hari ahad . macam biasa , sebab esok hari isnin . macam biasa aku malas sekolah .

tadi aku terima post dekat wall fb aku .
baby yang hantar . aku terkejut .
baby cakap - : "terima kasih sebab promote aku kat blogg kau yerrr . tqqqqqqq" 
macam tu lah bunyinya .

bagaikan heart attack aku bila dia baca . haha

aku nak minta maaf - sorry
sebab promote kau dear .


kalau kau baca ni - i heart yueww !


nak potong rambut , dah panjang .

Saturday, October 29, 2011

meriah - ke ?

hari ni meriah .meriah sebab apa ?
hari ni rumah penuh , penuh dengan manusia - kawan aku .

apek dan syaznie - again
iqbal - baru muncul ? haha .

esok hari ahad . ahad buat aku malas . sebab malas ?
isnin cuti   sekolah ! damn it . malas merasuk jiwa . kaki terasa longlai .
cikgu mengajar aku membuta .
apa nak jadi .

spm seakan memanggil nama aku - bulat .. bulat .. 
macam tulah laungannya .

baju sekolah ?
seluar sekolah ?
kasut sekolah ?
langsung tak berbasuh . dibiar macam sampah . mentanglah dalam bin baju .
kesian dia . aku kejam !

hari ni aku penat , penat berjalan .
jalan keliling freemason   mid valley .
lihat keletah manusia .
pelbagai ragam , macam ragam , macam garam ?

hari ni banyak yang aku post :)

meja makan , makan dan makan 

kisah seks songsang - hakikat seks atau apa ?

aku akui , aku seorang penakut .
tak pernah aku buat sesuatu di tengah malam luar jangkauan aku .
aku membuat sesuatu yang luar biasa pada jam yang hampir mencecah subuh .

laptop yang sedia ada di depan mata , aku tk lepaskan peluang .
apek yang ada disebelah , aku juga tak akan lepaskan peluang .
segera jari jemari aku mencecah touchpad dan menekan butang khas google chrome .
di bahagian carian , aku menulis - : cerita hantu 


haha . ya , cerita hantu - kau ingat laman web lucah   apa ?
aku tahu , apek memang penakut . aku juga pun penakut . sama-sama penakut .
satu demi satu cerita kau scroll ke bawah , akhirnya , aku terjumpa cerita menarik .
" kisah budak uitm shah alam banglo 2 tingkat " 
wow ! kisah hantu ni seram . korang boleh search sendiri .

aku membaca penuh semangat .

apek menuding jari ke arah screen tanda khusyuk .

perlahan lahan aku scroll .

bulu roma dah meremang . ditambah dengan cerita hantu yang baru sahaja apek utarakan .

jam sudah pun menunjukkan 4.30 pagi .masing masing menutup mata dengan bantal .
aku menyelubung dengan selimut .
apek cuba menarik juga selimut . aku menarik balik . bagaikan bermain tarik tali pagi tu .

akhirnya , masing-masing tidur dalam ketakutan . bodoh !
haha . tamat sudah .

kau fikir aku nak cerita pasal seks ke ? haha

kisah seks songsang - kau fikir apa ?

hari ni saja dah ada 3 post . haha .
dekat fb aku raja kapoor   raja status - aku suka update selang 15 minit . haha #nakhotlettuw
aku , bila dah dapat menaip @ menulis , idea makin mencurah - curah ke dalam daun keladi  .


sejak cuti seminggu ni , aku asyik merayap je .
baca buku tak .
spm dah nak dekat - #betulkewehh?
apa nak jadi aku tak tahu .

HAHAHA = =''

beberapa hari yang lepas , apek dan syaznie - again , datang bertandang di rumah . nak tidur rumah aku .
malam tu , pada jam 12 malam , apek dah menyembah bantal terlebih dahulu .
manakala , aku dan syaznie mengadakan sesi luahan dari hati ke hati - macam talkshow pulak .

pada jam 3 pagi , apek bangun meracau .
aku dah tak keruan .
apek bingkas bangun dari tidur dan terus ke balkoni rumah .

aku kaget . terpaku sebentar .

"bulat , rumah kau ada maggie tak ?" - panggg , sentapan diterima .
rupanya bangun mencari maggie . haha . sengal !
pergi luar balkoni nak tengok kedai mamak buka ke tak . sengal !

memandangkan kedai mama tutup sempena deepavali , apek makan nasi sahaja . haha

selesai sudah adegan itu , syaz masuk tidur dalam bilik kakak dan adik aku .
tinggal aku dan apek . pada pagi tu , aku bosan . lalu aku membuat sesuatu yang luar biasa ..

to be bersambung ...

my sweetheart

beberapa minggu yang lepas , aku menerima sebuah bungkusan .
bungkusan yang dihantar oleh uncle india , yang bekerja sebagai penghantar barang .
aku terima bungkusan itu dan terus membawanya ke meja untuk membuka bungkusan yang dibalut rapi dengan kertas pasir . = ='

dengan sifat gelojoh , aku mendapati bungkusan itu ialah - iPad .
wow , iPad second generations as known as iPad 2 .

sebenarnya , mak aku hantar penyertaan kat Anmum .
memandangkan susu-susu anmum yang adik aku minum tu mempunyai banyak sudu .
kumpul punya kumpul , akhirnya hantar untuk penyertaan .
100 buah iPad untuk dimenangi , dan hanya orang yang ke-100 sahaja yang dapat untuk setiap satu .

masa tu , aku tidak keseorangan , ditemani apek dan syaznie - again , kitaorang menggeladah iPad yang masih bau kedai baru tu .
first open , aku pelik .
dalam kotak hanya ada - charger , ipad , dan instruction kecil saiz kad kredit yang tak macam instruction .
sebagai pengguna barangan jenama durian apple yang baru , aku blurr .

belek-punya-belek , akhirnya dapat juga apa yang instruction tu suruh buat - download iTunes .
aku pun download .
then , dapatlah buka juga . sebenarnya kena sync iPad untuk first users . tapi aku tak tahu macam mana , aku lantak-kan sahaja . 
terima kasih Allah , kawan aku guna iPhone , then aku tanya macam mana nak masukkan lagu . 

sekarang , aku dah reti nak sync . kalau tak sync tak boleh masuk lagu , gambar atau papejelah benda dalam binatang tu .
walaupun iPad aku berkaler hitam , aku bersyukur - kaler putih lagi bagus kot .
aku sayang binatang tu macam baby lenovo aku ni .

baby iPad . love yeww

Thursday, October 27, 2011

aku rindu


malam ini aku tidak keseorangan . apek dengan syaznie tidur sini .
selalunya cuti-cuti macam ni iqbal selalu ada .
tapi minggu ni , dia tak ada . dah lah seminggu tak datang sekolah . haha . rindu pulak kat dia . - choii !


malam ni aku tak tahu kenapa aku horny gusar sangat . macam-macam memori datang mengetuk kepala otak .
sumpah , macam-macam .
asal macam ni ? - haha .
entahlah . - hmm .

menerusi netbook percuma pemberian orang nak kaut undi yang lembab nak mampus tu , aku open iTunes .
nak buka binatang tu pun lembab !
aku pun memutarkan lagu kegemaran , ost sassy girl chun hyang . tajuk dia pun aku tak tahu apa . yang aku tahu - as one .


lagu yang aku mainkan ni tersentuh habis .
sangatlah mengimbau kenangan .
kenangan sebelum PMR .
flasback demi flashback bermain di minda . semua teratur mengikut hari dan waktu .
di satu bahagian , aku lihat diri aku bahagia . di bahagian lain , aku lihat kekecewaan dan kesedihan yang menghantui .

semua tu memorabilia .
kenangan manis .
juga , kenangan kurang manis .
hakikatnya , aku rindu masa dulu . aku rindu .
sekarang masing-masing dah berhentam sesama kawan . bermusuhan . tak bertegur .
yang gila kuasa tetap ada . yang buat bodoh makin menjadi . yang macam setan - nauzubillah .


dua orang yang paling aku sayang , dah pergi dari sekolah tu .
kawan aku sendiri .
aku rindu gila dengan korang !

hakikatnya , aku rindu .

hafizuddin - rindu kau lah ngeng !
aaron - dick . miss you so much - not in gay mood ;D bhaha
luqman - bodoh ! haha , rindu kau mengorat aku . macam sial ;D

Monday, October 24, 2011

tiada nama

hari ni aku penat .
kerja seharian , berdiri berpanjangan .
duduk senyap-senyap .

hari ni aku penat .
balik rumah sudah tenat .
capai netbook fb tak penat .

hari ni aku penat .
tengok keletah ragam keramat .
itulah manusia .

cerita ada menyakitkan .
cerita ada menggembirakan .
ada yang menyampahkan .
ada yang meluatkan .

mata aku telan semua  .
hakitkanya menyampah pun ada .

itulah dia . 

Thursday, October 20, 2011

Apple To My Pie

belakangan ini , aku sering digossipkan dengan dua gadis ayu .
yang tukang gossip member aku sendiri - babibabi korang ni , haha
aku digossipkan dengan si B dan si N .
kadang-kadang aku malas nak layan .
tapi kenalah layan .

aku dan si B memang dah kenal lama , memang rapat , malah -boyfriendforever bestfriendforever .
dan dengan si N , baru kenal tahun ni . anak buah aku juga dalam institusi sekolah aku .
memang rapat juga .

ditakdirkan , suatu hari , aku dan si N berjalan dengan memakai baju kurung - si N lah .
dan aku berbaju melayu . masing-masing warna sama - ungu .
berjalan di sekitar plaza oug , dan tersempak dengan badrul .
dari situ , fitnah gossip mula tersebar .
aku tak boleh berkata apa .
aku cuma boleh berdiam diri .
aku malas nak layan , sebenarnya .

sehingga hari ini , aku masih lagi digossipkan dengan gadis-gadis ini .
perihal si B , dia dengan aku memang rapat , memang nampak mesra . dari situ jugalah , timbulnya gossip itu .
 macam-macam dunia ini . =.=''

penulisan aku macam mana eh sekarang ? 

Monday, October 17, 2011

Masing-masing . . .

Manusia , seperti yang korang tahu , korang tu memang manusia ? Betulkan ? Hmm . Kisah manusia ni terlalu banyak , ada yang sedap didengar dan ada juga yang payah untuk didengar , meskipun ianya hakikat . Masing-masing dengan kisah sendiri , pahit manis , gelak ketawa , suka duka , hanya diri masing-masing yang tahu . Hakikatnya , diri sendiri yang tahu . Orang lain ? Hanya mampu menilai dan melihat . Diri sendiri ? Merasa , melihat , menilai dan mentafsirkan . Hanya diri sendiri yang tahu , apa rasanya . Orang lain ? Pergi mampus ! Masing-masing hidup dengan kisah sendiri . Aku pun sama . Korang tak faham dengan apa yang aku nak cakap ? Aku faham ? Haruslah . Meskipun apa yang aku tulis korang tak faham dengan apa maksud aku , tapi korang ada dua pilihan yang telah diberi , menilai dan melihat . Menilai apa yang aku cuba sampaikan . Melihat cara penulisan aku yang pelik dan sangat , sangat , tersangatlah mempunyai maksud yang tersurat . Maafkan aku , tulisan ini agak puitis . Aku bukanlah sasterawan . Bukan juga novelis . Mahupun pejuang bahasa . Aku cuma jadi yang lain dalam diri ini . Kerna aku sahaja yang mampu merasa , melihat , menilai dan mentafsirkan . Korang ?

Sunday, October 9, 2011

sakit hati.
sakit datang lagi.
apasal dengan aku ni?
tak habis-habis perangai macam ni?

aku tahu aku salah.
salah sebab memendam rasa.
rasa sayang rasa cinta.
yang boleh membutakan mata.
memang boleh buat buta.

apasal tuhan duga aku macam ni?
bukan aku nak mengata, tak sekali nak maki.
memang betul benda dah jadi.
hati pedih rasa nak mati.

tolonglah benci diri ni.
supaya aku senang hati.
tak lagi makan hati.

dialog dengan hati dan perasaan

Sunday, October 2, 2011

Dua Alam

Dia dilahirkan genap sembilan bulan ,
dari rahim ibunya ,
menggelongsor keluar ke dunia .

betapa gembira ayahnya ,
anak lelaki yang dipinta ,
akhirnya makbul terlaksana .

ini bukan sebarang cerita ,
kisah benar sudut sana ,
tiada kau tahu apa punca ,
kau herdik lalu kau hina .

ibunya hampa kecewa demikian ,
inginkan seorang anak perempuan ,
apakan daya kuasa tuhan ,
tiada siapa dapat pertikaikan .

orang kata anak ibarat kain putih ,
ibu bapa yang mencorakkannya ,
didikan agama harus ada ,
kalau tidak hancur binasa .

pakaian perempuan menjadi pilihan ,
dimuat pakai terus ke badan ,
si ayah marah si ibu tak segan ,
asal ada nama perempuan .

bila dewasa sopan orangnya ,
iras wanita jejaka idaman ,
si ayah malu si ibu segan ,
anak dikata hilang pedoman .

dia dicaci dia dihina ,
tidak tahu apa nak kata ,
bukan salah bukan silapnya ,
dilahir begitu tidak dipinta .

orang kampung bermulut becok ,
mencaci sana mengherdik tak kira ,
asal ada ceritanya saja , 
mulalah ayam bertelur , kecoh sekampung .

ada orang berniat jahat ,
laki laki hilang warasnya ,
asalnya dia lembut sahaja ,
bila dliwat lain cerita .

macam-macam dugaan dia ,
pasrah sahaja gundah gulana ,
menadah tangan mengadu pada tuhan ,
harap diri dikira beriman .

bukan aku memerli ,
bukan aku mengata ,
tapi hakikatnya ,
memang ada .

untuk pengajaran buat semua ,
agar hidup berwaspada sentiasa.

dedicate to "ahkak-ahkak " , mak bapak , makcik pakcik , abang kakak diluar sana .
cerita ini hanya cerita pengajaran , kalau ada terasa harap dimaafkan .