Sunday, October 30, 2011

akhirnya .

hujan dengan panas silih berganti .
langit muram tak semena-mena .
hujan pun turun .
langit cerah . cerah kerana mentari . menyinari alam .

begitulah ceritanya , silih berganti .

sedang aku berbaring di atas kerusi kayu , sambil menonton tv .
terdetik juga hati nak ke kedai gunting rambut .
okay , keputusan muktamad . nak gunting rambut !

aku segera bangkit dari posisi aku yang terbaring .
lalu mengambil kunci kereta mama yang dihiasi patung lelaki yang diperbuat daripada kayu .
elok sahaja terletak diatas meja tv .

"iqbal , teman aku gunting rambut" - aku berkata .
"kau hantar aku sekali balik rumah lah" - dia balas .
"otak kau , kata nak stay sampai esok , teman aku sekolah sama-sama" - rungut aku .
"aku nak pergi tempat lain lagi" - balasnya .
aku yang kurang kedengaran bertanya sekali lagi dan mendekatkan telinga aku kemuka dia .
"aku nak pergi tempat lain lagi" - ulangnya .

malas untuk aku mengajukan soalan lagi . aku lantas berkata ya , tanda malas . malas nak soal .
lantak kau lah .

aku menuruni anak tangga dan menekan butang untuk membuka kereta .
kereta keluaran proton - persona , itu aku naiki dan mula menghidupkan enjin .
aku menunggu sehingga enjin panas .

mulanya aku ke tempat pakcik omar .
wahh . ramai sekali budak sekolah menunggu giliran .
pakcik omar memang satu-satunya orang melayu yang membuka perniagaan gunting rambut di sentosa .
memang ramai lah kan jawabnya .
tak sanggup aku nak menunggu .
dah lah satu orang setengah jam . gila apa .

pusing keliling aku mencari kedai gunting rambut .
akhirnya , jumpa juga .
kedai gunting rambut uncle india .
aku masuk dan bertanyakan harga .
RM 8 . mahal . lebih bagus pakcik omar . RM 5 budak sekolah .
aku cuba meminta harga sebanyak RM5 . uncle tu kata tak boleh .
okay , aku pergi juga sebab esok dah nak sekolah . panjang rambut aku .
melilau mata cikgu tengok . dah lah aku pengawas . haha .

sedang aku gunting rambut . iqbal tergelak .
aku dah lah tak percaya sangat kalau india gunting ni .
pernah ada satu kes masa aku tingkatan satu . habis gondol rambut aku dibuatnya . botak !
trauma aku .

kecepatan tangan uncle tu menggunting rambut aku sangat mengkagumkan .
cuma 15 masa diambil .
lalu aku membayar sebanyak RM7 kerana aku kekurangan duit . haha . buat malu je .
uncle tu seakan pasrah bila aku kata nanti aku bayar lagi seringgit .
dia cuma kata "tak payah" .
senyum aku . jimat seringgit .

akhirnya , rambut aku dipotong . kelakar  . iqbal gelak , katanya macam padang bola !
sial ! - bentak hatiku .
setan ! - kata mulutku .
aku tersenyum sambil memaki .

haha . bodohlah !

kalau pakcik omar , jimat RM2 aku . haha


No comments:

Post a Comment