Sunday, October 30, 2011

main hujan itu seronok - bab satu

sedang aku leka menghadap fb , mama mencelah kesunyian di bilik .
tersentap aku dari lamunan .

"kata nak basuh kereta , pergilah.." - mama memulakan seruannya .
aku hanya menjawab sepatah dua kata - "kejap lagilah"
mama pun berlalu meninggalkan aku di bilik keseorangan . sambunglah aku menghadap fb yang tergendala .

memang aku dah berjanji nak basuh kereta selepas aku potong rambut .
lalu , aku menghabiskan chat aku bersama si N . lantas aku bangkit dari katil dalam bilik mama .

"ma , mana barang yang nak cuci kereta tu ?" - aku bertanya .
"carilah dalam bilik air" - balas mama .
aku mengajak leha teman aku basuh kereta .
iqbal tidak terkecuali , daripada dia duduk merenung nasib , lepas tu mengeluh berpanjangan .

barang semua sudah siap . aku memulakan langkah . mengambil kunci kereta dan menghidupkan enjin .
pada masa tu , hari dah pun gelap . guruh sambung menyambung . kilat sambar menyambar .
aku tetap berdegil hati untuk basuh kereta . lagipun kalau kena hujan , boleh cuti ;D

kawasan membasuh kereta hanya terletak beberapa meter dari kawasan rumah aku .
dalam kawasan apartment juga .
sesampai tepi tong sampah , aku mematikan enjin . kitaorang bertiga keluar dari kereta .

okay , misi dijalankan .
rempah ratus a.k.a sabun serbuk diletakkan di dalam kuali a.k.a baldi .
air dimasukkan dan kacau hinga sebati . keluar lah buih-buih putih hasil sebatian tadi .
kerja membasahkan kereta dirasmikan oleh aku .
leha dengan iqbal pemalas !
aku cuma memaki diorang sehingga masing-masing seakan pasrah untuk membasuh kereta .

to be bersambung ...

No comments:

Post a Comment