Friday, September 30, 2011

Diri ini berkalung noda

hidup tak semestinya indah ,
terkadang ada padah .
hidup harus dijalani ,
harus ada insan menemani .

mulanya aku biasa ,
suci dari noda .
tapi bila serakah ,
mulai berupa ,
aku menjadi mangsa !

darah daging sudah tiada erti ,
hanya nafsu menguasai ,
dalam diri suka hati ,
tak pandang kanan kiri .

aku mangsa ,
kanakku diragut serakah pidana ,
hidup seperti yang biasa ,
tersimpan segala rahsia .

pada siapa aku mahu mengadu ?
tuhan kah ?
sudah rasanya , berkali jemu pula akhirnya .
maafkan lidah terlanjur kata ,
buat tuhan alam semesta .

diri ini punya dua ,
bukan kehendak bukan nak rasa ,
ia hadir dalam jiwa ,
meresap tubuh rohani semua .

bila dikisah menjadi berita ,
orang benci mengumpat kata ,
diri dicaci diri dihina ,
sudah diam biar sahaja .

tapi mungkin sampai bila ,
suatu saat terbukti jua , 
apa jawapan yang harus diberita ,
penjelasan untuk semua .

aku mangsa tidak berdosa ,
sudah dewasa lain cerita ,
nafsu serakah menguasa minda ,
halal haram tiada dikira .

mulanya aku jadi mangsa ,
kini aku buat semula ,
kenapa tuhan apa malangnya ,
diri ini berkalung noda .

pada Illahi doa dipanjat ,
agar membawa sejuta rahmat ,
diri ini minta taubat ,
agar Engkau kabulkan cepat . 

dalam bilik - sunyi dan sepi 
3:50 p.m. 30 sembilan sebelas

Saturday, September 17, 2011

Journey To Open House - 16/9 bahagian 1

jam sudah menunjukkan 10:30 pagi , aku masih tersengal-sengal menaip papan kekunci baby lenovo membalas komen di facebook. masa berlalu pantas , sesekali mesej telefon datang bertalu bertanyakan aku sudah siap ataupun belum - aku nak ke rawang , ada open house .

mulanya rancangan aku ke rawang bersama saimah , syaznie , farah , leha dan iqbal. malangnya saimah tidak dapat hadir berikutan banyak open house dia kena terjah :) jadi , yang tinggal hanyalah kami dan tambah lagi seorang - Hanif .

sekali lagi , jam di dinding menjadi mangsa mata liar aku - 12:30 .
asalnya pukul 9 pagi , tetapi ditukar kerana pada hemat ku , terlalu awal .
farah yang sudah pun berada di rumah aku , duduk di kerusi menunggu syaznie yang masih belum sampai.dari tadi.

sesudah syaznie sampai , mama hantar aku , dan mereka ke stesen ktmb petaling. di sana aku bertemu azimah .
azimah dari tanjung malim , datang ke stesen petaling semata-mata untuk bertemu bfnya - entahlah.
berborak panjang menunggu iqbal dan hanif yang masih belum sampai . janjinya 12:10 , tapi pukul SATU !
"lembab!" - bentak hati aku.

berbual panjang dengan azimah yang dah lama aku tak jumpa rasa seronok juga. sambil menunggu dua orang yang macam pengantin tu berjalan. cerita punya cerita , sampai juga dua orang tu. jam dah pun menunjukkan pukul satu. masih lagi belum beli tiket ke rawang. aku memutuskan untuk naik train pukul 2 petang - skip solat jumaat , haha.

lama menunggu sambil berborak dan bergurau sengal . sesekali terdengar suara farah dan syaznie yang tergelak sakan , iqbal dengan hanif tak habis-hais mengacau adik aku , leha . akhirnya , train pun sampai .
yang perempuan masuk ladies coach , yang lelaki masuklah kat coach biasa yang sempit dengan puluhan manusia dari serata dunia , kebanyakkannya warga indonesia - pasrah jelah.

untuk ke rawang , kami kena menukar train . kami berhenti di kl sentral dan mengambil train 4 untuk ke rawang . naik je train ke rawang , barulah aku boleh bernafas . tak ramai orang . sunyi . banya ruang udara- itu yang penting ! haha .bagi sesipa yang turun ke rawang , kenalah turun kat sungai buloh - keretapi punya landasan runtuh @ banjir dari sungai buluh ke stesen akhir . kami menaiki bas rapid yang telah disediakan oleh pihak ktmb . ceh , tak semena-mena hujan pun turun - rahmat . hujan bukan rintik-rintik ataupun renyai-renyai , tetapi lebat nauzubillah . kilat sambar - menyambar , guruh sambung-menyambung . bersilih ganti . aku segerakan langkah menaiki bas ke rawang , berlari-lari anak dengan mereka yang lain . basah baju .

dalam bas , farah yang menjadi mangsa kekacauan hanif dengan iqbal . syaznie dah mula tidur sambil dengar lagu , leha termenung luar tingkap , aku terpaksa join gelak sebab tengah bosan . farah memang tak berhenti bercakap , membuatkan hanif denga iqbal bengang . haha . lalu mereka mengenakan farah untuk senyap selama 60 saat , belum sampai 60 saat farah dah membebl marahkan diorang berdua . aku tergelak-gelak menyebabkan perut aku sakit.

sampai kat stesen rawang , aku terus turun bas , berpusu-pusu yang lain dalam bas turun , macam lah train tu nak lari . aku call aqielah - sepupu aku buat open house
arahannya terus melintas jalan dan ke stesen bas , bas yang pergi ke kawasan rumah dia bernombor 43 , metro bas . arahn pun diikuti . aku mengikut apa yang diarahkan dan yang lain terus berjalan sambil membuat hal masing-masing , macam biasa , aku akan sentiasa di depan kerana tergesa-gesa nak ke sana .
menaikki jejantas tanda keselamatan .- cehh !

Friday, September 9, 2011

di mana kan ku cari ganti ...

di mana ..
kan ku cari ganti ,
serupa dengan mu ...
tak sanggup ku berpisah ,
dan berhati patah ,
hidup gelisah ...

serangkap lirik daripada lagu seniman P. Ramlee - Allahyarham .
sedap . sedih . perasaan bercampur baur .

bila kau dengar lagu ni versi baru , kesedihannya masih kekal .
lagu ni cukup mengingatkan aku dekat arwah atok - belah abah
dengan nenek - belah mama .

dua orang paling aku sayang . dua-dua meninggal masa aku masih kecil  .
nenek masa umur aku lima tahun - balik mengaji dah terbaring dekat bawah , tak bernyawa .
atok masa umur aku tujuh tahun - balik sekolah . arwah kat perak meninggal , aku kat k.l masa tu .

memori paling banyak yang aku ada hanyalah dengan arwah nenek . dia yang jaga aku dari kecil . mama pergi kerja dia ambil tugas sebagai pengasuh . bagi aku makan . jaga aku dengan baik . tak pernah marah aku . cuma ada sekali , aku main kat tepi jalan , dia teriak " eii , jangan main kat tepi tu , bahaya , meh sini , main sini " , time tu umur aku 4 tahun , aku dengan bedah main tepi jalan . hehe . nenek pulak tengah sibuk berchit-chat dengan nenek om - masih panjang umurnya , kawan baik nenek , jiran nenek .

aku cucu kesayangan nenek . mana nenek pergi aku ikut , pasar pagi ke pasar petang ke pasar malam ke .. semua aku ikut . tapi yang paling aku tak boleh lupa masa bulan puasa . arwah nenek raji pergi terawih , balik tu , semestinya ada moreh .. nenek akan bungkus teh tarik masjid untuk aku .. bila aku celik mata je esok pagi , teh mesti ada dalam peti sejuk . - aku suka teh sejuk-sejuk :)

Alangkah pedih rasa hati ...
Selama kau pergi ...
Tinggalkan sendirian ..
Tiada berteman dalam kesepian ..



lagi rangkap dari lagu tu ..


bila satu masa tu , nenek berperangai pelik .. sangat pelik ..
selalu bersendirian , termenung seorang diri ..
aku budak kecil waktu tu , dan tak akan pernah faham .


nenek memang sentiasa buat solat sunat dari pukul 4 pagi sampai lah ke subuh - itu rutin dia setiap hari , tanpa tinggal :)
aku pun tak mampu tiru nenek macam tu - solat banyak lobang 


nenek sentiasa senyum tengok cucu-cucunya bermain . sampailah satu hari tu ..
aku baru balik dari sang kancil - 5 tahun ,
bedah pun sama baru balik dari tadika kemas -  6 tahun .
balik tu , nenek dah siap masak . paling banyak nenek masak - lempeng dengan sambal tumis ikan bilis .
nenek suruh aku dengan bedah makan . kitaorang makan . sedap . nenek champion masak , kalau tak satu sentosa tak kenal cik jam - nama panggilan nenek aku untuk warga sentosa :)


bila lepas siap , aku terus cium tangan nenek .
aku dan bedah pergi mengaji .
balik mengaji dalam 3 petang macamtu , mamak roti canai panggil aku dari luar tingkap .
time tu aku dengan bedah hantar mira dan wani kerumah - cucu cik om 
mamak tu cakap " adik , hajjah sudah meninggal" 
aku pun balas " hajjah ?" - aku tak tau apa hajjah masa tu .
mamak tu teruskan bicaranya " ada sesipa kat rumah tak ? "
aku balas " nenek ada , dia tengah sembahyang "
"hajjah sudah meninggal" - balas mamak tu lagi .
aku bingung . ragu . tak faham .
aku dengan bedah terus masuk dalam rumah , nampak nenek terbaring . kaku . tiada nafas .
bedah terus menangis . dia meraung .
aku langsung tak faham apa pun waktu tu . apa tu meninggal pun aku tak tahu . aku cuma tepuk bahu bedah suruh dia jangan menangis - aku dengan bedah memang rapat .
tapi bedah tetap menangis . aku pun turut mengalirkan air mata . air mata kosong . tiada pengertian .

arwah nenek meninggal lepas dia menunaikan solat zohor , dengan masih berwudhuk . telekungya masih basah dengan air wudhuk . dia pergi dari hidup aku pada 28 januari 1999 2 hari sebelum hari jadi aku , 30 januari . sayang , dia tak sambut dengan aku .

adik harap nenek tenang kat sana , dalam kalangan orang yang soleh dan solehah . semoga kita dapat berjumpa di syurga nanti , insyaAllah . lepas nenek pergi macam-macam jadi kat adik . perangai nenek semua adik ikut , tapi adik tak akan dapat jadi sesempurna nenek . tenang kat sana ya :) - al-Fatihah , Zawiyah Bt Yaumiddin @ Yom . 

Thursday, September 8, 2011

noktah .

hari ni hari suram ..
dengan wajah muram ,
dengan hati geram ..

langkah kaki terbuka ,
niat hati tak kuasa ,
balik rumah penuh duka ..

sampai sini tiada kata ,
hanya noktah akhir bicara .

Monday, September 5, 2011

hari ni aku penat ...

hari ni aku penat , jam sedang menunjukkan jarum pendek pada dua belas dan panjang  dua belas juga - 12 :12  a.m.

macam-macam jadi hari ni , cerita yang tak sedap didengar juga turut aku dengar .
macam-macam .
entahlah . apa nak jadi pun aku tak tau . 

hari ni aku penat . setakat ni saja aku boleh taip :( 

Sunday, September 4, 2011

semuanya entah kenapa ...

jam menunjukkan tepat 2:30 pagi . bertarikhkan 4 september 2011 , aku masih merenung menghadap laptop dan membiarkan akaun facebook terbuka , begitu juga televisyen yang dari tadi tak salah aku , tiada siapa melihatnya , melainkan - SETAN !

sesekali aku membalas komen dari kawan aku , berceloteh tentang benda yang merapek - bagi kau , aku tak :)
sambil aku mengelamun membalas chat , aku pun teruskan menaip blog ni.

sambil aku fikirkan pasal diri .
pasal family .
pasal .. macam-macam lagi .
tak terdaya rasanya nak memikirkan semua tu.

entah kenapa , aku fikirkan pasal dia .
aku sayang dia .
tapi sayangnya .
dia dah berpunya .
memang aku tak layak pun . 
aku jahat . 
dia baik .
tak mungkin lah .

hati lebih banyak berbicara daripada mulut sendiri ..

aku yang hanyut dibuai angan terus memikirkan apa yang akan terjadi dengan keluarga aku .
keluarga yang bakal runtuh ..
mungkin ..
terlalu banyak sengketa yang terjadi ..
aku runsing .
aku lemah .
aku takut .
disaat ini aku hanya memekik dalam hati - "Allah ! mana kau ! mana kau bila aku perlu ?!"
pekikanku disusuli suara hati yang seolah-olah memerli aku - "mana kau bila Allah perlukan kau untuk menyembahnya?"

aku ? aku terdiam sejenak .. melintas terus wayang gambar dosa-dosa yang aku lakukan .. tapi aku tidak pernah serik , mahu pernah sedar , cuma dalam kesempitan ruang waktu , hati nurani seolah-oleh menyeru aku untuk kembali kejalan lurus yang terbuka luas dihadapanku , cuma dihijabkan oleh syaitan dan tertutup terus oleh tangan nafsu dan naluri yang mula mengambil posisi raja dibadan , raja dihati . aku mati !

entah kenapa , lamunan pagi ini seakan-akan cuba mengalih pandangan aku ke arah lain . kisah silam yang terus menghantui , betul-betul hantu !
masa lalu , aku berdendam dengan dia , merampas apa yang aku patut dapat , apa hak aku sebagai seorang budak kecil yang tak mengenal erti dosa pahala .
siapa aku disisi tuhan waktu itu ? mana tuhan pelindungku ? - bentak hati .
Astaghfirullahalazim - segera mulut lontarkan .

entah kenapa , banyak sangat persoalan bermain diminda.
kata-kata aku penuh dengan maksud tersirat .
tapi kalau kau faham apa yang aku cuba sampaikan , itu semuanya anugerah tuhan .

hari ni ---- entah kenapa ....


adudu - aduhai

haiii , macam-macam - itulah lafaz hati yang mampu aku keluarkan .

jam menunjukkan waktu 5:30 petang , kaki masih belum melangkah pergi ke rumah mak long - open house raya .
bersiap segera kami semua menuruni anak tangga yang sedia ada di hadapan pintu rumah , cuma naik dan turun sahaja fungsinya - penatnya , tak terkata bila penat datang menerpa .
aku terus menaiki kereta jenis sedan , keluaran proton - persona .
mengambil tempat duduk sebelah driver - mak aku yang bawa .
macam biasa , warning dari mama mula bergema di corong telinga aku - "pakai seat belt!"

sesampai kat rumah mak long , diteruskan dengan ucapan Assalamualaikum sebagai madah kata dan pembuka bicara yang dilantunkan oleh kakak aku.
aku terus masuk dan mendatangi pak long serta mak long , menghulurkan tangan dan mencium tangan tanda hormat sambil mengucapkan ayat indah di waktu yang indah dan sememangnya di bulan yang indah - SELAMAT HARI RAYA !

sambil menunggu giliran makan , aku mengunyah apa yang terhidang di depan mata - rempenyek menjadi pilihan , dengan sekali lafaz aku mengunyah rempenyek dengan penuh selera .
kakak aku yang tak sabar nak menikmati hidangan mengajak aku turut bersama makan dengannya , aku tanpa melengahkan masa bangun dari tempat duduk dan mengambil makanan yang tersedia di atas meja makan - nasi beriyani , kari kambing , ayam masak merah .

sesudah kenyang aku ke dapur membasuh tangan , sempat juga mama dan mak long bergossip - perempuan  kan .
akhirnya aku beransur dari rumah mak long dan aku dihulurkan duit raya - yeayea !
dan kami meneruskan perjalanan ke sungai buloh , rumah kawan mama - cik biah :)
bedah , leha  , isya dan izwan mengambil tempat duduk belakang , sementalahan pula aku di depan . mama macam biasa - driving !

dalam perjalanan kesana , panggilan dari cik biah asyik masuk - mama tak tahu jalan .
aku sebagai pemandu pelancong memberi directions - walaupun salah .
agak kalut kami berjalan di sana , maklumlah jalan yang mama ikut merupakan jalan untuk balik ke kampung kami - kuala selangor .
sesampai disana , aku sekeluarga disambut mesra oleh cik biah yang sememangnya mesra tak ingat dunia .

seperti biasa , adat masyarakat melayu dan terutamanya islam akan menghulurkan tangan sebagai tanda hormat.
kami duduk diruang tamu , dan seperti biasa - kuih menjadi santapan
pada awalnya , segalanya seperti biasa sehinggalah izwan nak terkencing , kelam kabut dia ke jamban dan terus membuka zipnya untuk memancut , bedah yang menemaninya ke jamban memekik ke arah izwan - dia tak nak bukak seluar , kononnya pandai memancut .
tak semena-mena habis seluar baju melayu basih disiram air kencing - amaiigad !

angin sebadan bedah . izwan ketakutan . aku datang menerpa . leha pun sama . isya bersahaja .
habis basah seluar izwan , sudahlah tak ada baju ganti .
mujurlah cik biah ada baju bayi - imagined , baju baby setahun . . 
baju bayi tu berserta dengan seluar . hanya seluar yang dipakai izwan , segera dia menangis kerana malu . bayangkan , dengan keciknya . dengan sendatnya . macam seluar skinny tapi senteng ! 

satu rumah tergelak besar , cik biah terkekeh-kekeh , aku terbahak-bahak menepuk peha , leha turut serta , bedah tak payah kata , mama pun sama juga . dibantainya menangis si budak izwan ni . malu ! 
sambil menangis tak ingat dunia , mama memujuknya . cik biah tolong keringkan seluar dia dan sekali pakej tolong gosokkan . habis sudah adengan tadi.

kami dijemput makan - kuey tiow goreng .
cik biah duduk berceloteh ketika kami menjamah makanan , dengan lawaknya dia berseloroh . macam-macam disampaikannya . bukan aku saja turut tergelak , bedah tidak ketinggalan . ada-ada saja yang nak disampaikannya . akhirnya , kami pulang kerumah , seperti biasa - duit raya . 
sambil aku menaiki kereta , cik biah berkata - " tu haa tanah haram aku , kau tengolah tu , kebun-kebun haram aku " sambil memuncungkan bibirnya kearah kawasan tanah terbiar - rumah nya teres dua tingkat depan rumah seberang jalan ada tanah kecil terbiar.
"aku kan penjajah" - selorohnya lagi .
aku dan yang lain terbahak-bahak ketawa .celoteh cik biah memang macam tu , berseloroh dan bersahaja . 

aduhai , cik biah .. cik biah ..

dan akhirnya kami teruskan perjalanan pulang ke rumah .

Saturday, September 3, 2011

sajak - budak ditepi jalan

dia aku lihat ,
mengutip tin-tin yang ditendang.
tin yang di pijak,
tin yang dilempar.

alangkah ,
seorang anak masih kecil ,
hidup bergantung sisa ,
sampah menjadi makanan ,
sampah menjadi hiburan.

makanan yang dicari ,
untuk sesuap nasi ,
dari tin dan botol bergelimpangan ,
di tepi jalan busuk ,
di tepi jalan buruk ,
di tepi lembah hina .

aduhai anak ini ,
alangkah peritnya hidup ,
di dalam bumi sendiri , 
menjual hasil yang dicari,
kepada apek tokey besi

bukan kfc yang diidamkan , 
tidak juga mc donald diimpikan ,
cuma sesuap dua nasi ,
yang menjadi bekalan ,
bekalan untuk hidup di esok hari,
yang memungkinkan,
menjadi setaraf rakyat,
rakyat di bumi sendiri yang bongkak tak sedar diri,
menafikan hak asasi,
terabai budak ini.

alangkah esoknya ,
nyawa dicabut tuhan ,
tidak perlu kasihan ,
ini dugaan ,
kasih sayang tuhan ,
daripada menjadi hinaan ,
kepada kekasih tuhan ,
penetap syurga ,
syurga abadi , 
jauh dari seksaan ,
dunia ini.

Terima kasih so much

jam laptop menunjukkan masa - 4:20 p.m.
"nak kena siap , nak pergi beraya" - kata aku dalam hati .
"bungkus kuih sikit dalam tupperware tu mirul , nak bagi kat along" - mak aku memulakan bicara .
baru sejenak aku memikirkan untuk aku mempersiapkan diri pergi ke rumah mak long - beraya lah kan .

semalam aku terima comment dari sepupu aku - Aqielah Misran on FB
"smart lah" - katanya
 "apa yang smart ?" - balas aku
"kau punya ayat dalam blog !" - balasnya kembali .

aku hanya ketawa kecil mendengarnya . dengan sedikit komen , aku menekan butang enter - "haha"

terima kasih :)

hari ni , lagi seorang - kawan lama , Farah Jaafar on FB
katanya juga sama seperti sepupu aku .
katanya lagi - "selalu tengok blog kau lepas update"

aku juga sekali lagi ketawa kecil dan mengucapkan terima kasih kerana membaca blog aku yang tak seberapa indah ni.
sekali lagi nak ucapkan terima kasih kat korang berdua atas kesudian membaca blog aku . arigato gozaimash !

masih leka bermain laptop :)

celaru !

celaru sial ! - bentak hati .
buku tak tersentuh lagi , elok dihinggap habuk - kata hati .
trial isnin ni - mulut ganti .

macam-macam problem sekarang , masalah diri - Entahlah ..
masalah family - Nauzubillah ...
masalah kewangan - ALLAH !

ujian datang silih berganti , tapi aku cepat lupa pada Illahi - kau ?
aku manusia biasa , bila senang ada ingatNya , bila susah makin lagi dekat denganNya - kau ?
waktu terus berjalan tanpa kenal erti  "MENUNGGU" , aku yang terkapai-kapai tak sempat meminta tolong . aku dihanyut oleh ombak masa yang mengganas . menelan seluruh kelekaan . menghidang sejuta masa mendatang , sekali lagi tak kenal erti "MENUNGGU" .

aku terus berjalan , setiap saat aku berjalan . berjalan meninggalkan waktu , sebab waktu tak pernah menunggu . setiap waktu ada setiap peristiwa . bila waktu berlalu tinggallah cerita . cerita tentang sebuah kehidupan . kehidupan seorang manusia bernama aku . menjadi sejarah , sejarah yang dikenang . sampai kemati.

tersedar aku dari khayalan , sambil jari menekan keyboard , sambil mendapatkan idea untuk menulis - aku tahu pasti dariNya.
aku mengenang dosa - bila nak berubah ?
cuma aku mampu menadah tangan setiap kali selepas solat dan teruskan kepidanaan yang bakal aku lakukan selepas sahaja menyuci diri dari dosa . ALLAH , kau maha pengampun .

sekali lagi , aku CELARU !

CELAKA !

CELAKA ! 
CELAKA !
CELAKA ! 
CELAKA ! dan CELAKA !

Mesti ramai pernah guna ayat ni kan ?
aku pun pernah .
tapi sekarang bila kita perasan , ayat ni jarang digunakan - perasan tak kau ?
sebab sekarang ayat mencarut dah ada trend baru .

apa dia ? -

 bingai - camtat (ayat aku) - babi (kerap) - puns (merujuk kepada pundek) - bangsawan (ayat gubahan dari bangsat) , dan pelbagai aneka jenis carutan yang menyedapkan hati dan mulut apabila nafsu amarah menggelegak !

hanya ayat tertentu aku boleh letak - mencarut tu tak baik duhh !

balik kepada celaka . kadang-2 je aku guna , kau pun sama kan ?
lagipun ayat celaka tu agak sopan disebut ayat lama- kamus dewan masuk kan ?
jadi , gunalah ayat celaka .

Friday, September 2, 2011

follow me ~

follow me - jenama pencuci muka aku

asal aku sibuk nak suruh kau follow ? - saje , tak boleh ke ?
blog aku sebenarnya tak susah nak dibuka , kau tekan cepat dia keluar .
sebab apa ? - aku tak letak widgets banyak pun . jadi , tak stress sangat bila baca dan buka :)

penulisan aku - sempoi dan bersahaja . aku turut mengekalkan keindahan bahasa lama dan bahasa baku . turut serta bercapur baur dengan bahasa madani . sekali baca kau rasa ada baku nya , dua kali baca macam rojak rasanya , tiga kali baca wallahualam jawabnya .

kalau dikaji , ayat belakang bila dibaca , macam serentak bunyinya . macam mana aku buat ? itu super power !
gurau !
tak dinafikan , aku memang suka bidang bahasa - inggeris , melayu , santapan aku. bahasa lain ? aku tak tahu.
kau pun boleh - kalau berusaha , tak putus asa , kau akan berjaya .

cerita banyak tak boleh sangat .

suara budak lahanat - beruk kena rogol

sudah je kawan-2 aku habis tengok wayang , diorang segera texting aku - dah habis .
habis cerita hantu bonceng , tiga yang lain balik . tinggal aku sorang - iqbal pun ada , haha .
aku tak tahu kenapa mood aku swings habis - IMS doh !

lepas berborak dengan anis zainal - rakan dari kecil , aku terus membuka langkah pergi meninggalkan mid valley , sempat aku memujuk rayu iqbal untuk belanja aku air - yeah , lipton green tea aku ambil dengan lenangnya. turun dari eskulator ke  KTM , aku terus ke stesen bas .

dalam perjalanan , aku terdengar suara sumbang dari budak-2 sekolah aku juga . sial ! bentak hati .
budak-2 tu memang tak puas hati dengan aku - aku pengawas , ramai musuh dari kawan .
aku biarkan sahaja lahanat yang dilaknat aku terus mengumandangkan alunan suara yang seakan-akan bunyi beruk kena rogol - pernah kau dengar ? haha

aku tak pasti sama ada setan-2 tu mengejek aku . aku tak pasti . tapi hati aku membentak - ya , dia mengejek kau !
aku teruskan perjalanan hingga ke stesen bas bersama iqbal dan setan-setan tu.

... MPH , aku seorang diri ...

hari ini , aku jemput kawan dari jauh datang rumah . macam biasa , raya :)
aku pula berjanji nak pergi mid valley dengan kawan yang lain - aku lambat !

sampai kat sana , diorang dah ada kat burger king  . dah beli tiket wayang - hantu bonceng .
aku yang terlewat waktu segera menaiki eskulator untuk ke tingkat di mana tiket-tiket wayang dijual .
macam biasa - golden screen cinema 

beratur punya panjang , sampai tak sedar waktu berjalan meninggalkan aku sendiri , aku berteman kesana , bukan keseorangan . abang india serve aku , muka macam haram je . haha . kawan aku yang lain pulak last minute tak nak beli tiket wayang - hangin aku satu badan . seklai aku tanya "hantu bonceng 5:45 p.m." - SOLD OUT !

bengang ! sakit hati ! penat ! bahlul ! sial ! - carut aku dalam hati .

nak sedapkan hati aku cuba tanya movie dalam waktu terdekat - final destination 6:40 p.m.
ABANG , aku baru 17 - bentak hati .
MASA lambat - cakap hati.
IT'S OKAY , THANK YOU - mulut berbicara , kaki melangkah pergi .

nak sedapkan hati , jalan sendiri ke exhibition center - IT FAIR
rakus ! aku rakus ! aku gila ! aku tertawa ! bila nafsu memuncak , bila duit tersedia , bila syaitan berbisik indah - belilah , kau tak ada kan benda tu .
NAUZUBILLAH ! aku hanya beli netbook skin . memang aku yang nak . murah . cantik . harga patut - RM 15 . ka-ching , resit diberi , duit diambil . lafaz thank you dari penjual disambut welcome oleh aku .

aku teruskan perjalan dengan empat orang rakan wanita . berjalan ke arah baskin robin , celoteh dan pertanyaan silih berganti - nak kemana selepas ini ? jawapan balik kerumah berdesing kat telinga aku. 


aku menuju MPH , disana mencari buku , membuka laptop menulis hikayat hidup dalam blog sendiri .
di MPH , aku seorang diri ..

MPH MID VALLEY ,
duduk merenung tengok orang lain baca buku


nak rajin update

update . dia dengan aku , sama malas . aku malas nak update blog , update malas nak update malas aku.
bingai ! haha :D
cara penulisan macam ni seronok !

aku bukan saja update pasal aku , infotainment pun aku update sekali . jujur , blog aku tak dapat sambutan . mungkin aku tak :

1) promote
2) update
3) hot macam kau (aku lagi hot tengok kau)

so , memang tak lah kan ? haha .. yang pasti aku akan promote kat mukabuku saja :)

credit to : facebook , tempat terbaik masa kini . business , trade , advertising , chatting , friends - all in one place

aku pun macam dia ....

kau pasti tahu , perempuan ada PMS ? betulkan ?
kau ingat perempuan je yang ada  . PMS , seseorang wanita itu akan berubah mood . hangin satu badan :)
okay , kau nak percaya tak kalau aku pun ada ?
wattafuk ? aku bapuk ? sedut hormon ?

celaka !

 lelaki pun ada . dipanggil sebagai IMS = Irritable Men Syndrome
kesan dia sama seperti wanita . mood swings babeh ! kau kaum adam mesti ada perasan yang kadan-kadang kau rasa tak sedap hati dan mood kau tiba-tiba macam ... hahaha ada je kau tak puas hati !

konklusi , aku pun macam dia , kaum hawa PMS , aku IMS ! tak percaya ? google aje ;)

AKU BODOH

AKU BODOH !

ungkapanku . terfikir sejenak . bukan nak bermadah , cuma nak beritahu .
aku hebat . aku puitis . aku pandai bersajak . pandai mengarang . pandai berlakon . pandai berpantun .
akalku akal seni . cuma bodohnya diri ini . tak tahu guna nikmat diberi . malas menjadi raja , raja hati , raja nafsu .

inspirasi kini . datang , yeahh ! aku kreatif .

kau ?