Saturday, July 20, 2013

Touch n' go

Dia si touch n go datang kembali,
Tiba tiba menelefon memecah malam sunyi,
Apa touch n go mahu lagi ?
Mungkin nikmat yang pernah kami kecapi ?
Dan dia kembali lagi

Monday, July 8, 2013

Perempuan itu

Aku belajar dari perempuan itu,
Belajar jadi tabah,
Belajar jadi sabar,
Belajar jadi berdikari,
Belajar jadi payah,
Belajar jadi bersyukur,
Paling penting yang perempuan itu ajari aku,
Belajar menjadi lelaki. 

Saturday, July 6, 2013

Tutuplah

Mata yang kuyu, lagi layu, bertambah sayu,
Tutuplah rapat, rehatlah sekejap,
Agar semua memori pahit terhakis,
Biarpun sementara,
Sekurangnya terhakis.

Biar terasa hilang sakit dihati,
Walaupun seketika,
Pejamlah mata,
Si pengubat duka.


Si kumbang sumbang

Aku pernah terbaca,
Kalau menyayangi seseorang hanya khabarkan ucapan good morning dikala subuh,
Dan good night dikala malam berlabuh,
Apa jua cara kalau kau sayang padanya,
Kau tetap harus melaksanakannya,
Cuma aku bukan si kumbang yang reti,
Menghargai sekuntum bunga yang sudah pernah berpunya,
Tuhan aku si kumbang penuh berharap,
Agar tiada lagi rasa dedenyut aku padanya,
Cukuplah apa yang aku telah tempuh sepanjang penerbangan aku.

Ruang

Mungkin kita bukan macam dulu lagi yang bisa rapat dan beraksi gila, 
Aku dapat rasa anjakan paradigma kau yang ketara,
Sudah tiba rasanya masa untuk aku menjauh memberi ruang,
Ruang yang semestinya kau lebih selesa tanpa semaknya aku,
Lebih enak untuk menjalani hari hari dengan si dia,
Bagi aku sendiri, gembira melihat kebahagiaan flora dengan si fauna,
Aku tak terasa,
Malah aku sukacita,
Akhirnya kau temu fauna yang kau damba.