Friday, November 18, 2011

SPM = Saat Paling Menyusahkan

okay , dah tinggal lagi 2 minggu untuk aku habis paper .
sorry , memang dah lama kau tak jenguk kau blog , mesti kau rindu aku geletek-geletek kau kan ? =='

apa yang dapat aku kata
BM = aku senyum
BI = senyuman tawar
SJ = Ohmaiigadd , boleyylah
MATH = wattdacrappah ! susah nak meninggal

isnin depan , Pendidikan Islam . doakan aku kejayaan .
anyway , aku dah penat nak menaip sekarang , tampak seperti idea aku dihiris nipis ! crap lagi =='

:) salam sayang dato'nene'

Friday, November 4, 2011

memohon restu - bahagian satu

bangun pagi terdengar bunyi hujan yang turun .
bau tanah basah sangat menyegarkan .
terus membuatkan aku tidak mahu berganjak dari katil .

leteran dari mama yang kuat , membuatkan aku terus bangkit dari posisi meniarap .
mengambil handphone untuk melihat jam - 7.05 pagi !
segera aku mengambil baju sekolah yang belum digosok lagi .

bersyukur pada tuhan kerana telah menurunkan rahmatNya di pagi hari .
bersyukur juga aku ada alasan lambat ke sekolah .

seterika aku pasang .
menunggu dia panas .
dengan sekali hayunan tangan , satu persatu bahagian baju aku gosok .

jam telah menujukkan waktu 7.25 pagi .
aku masih terkial-kial mengosok baju .
usai aku menggosok , terus aku mencapai tuala dan ke bilik mandi untuk menikmati air pagi yang sangat sejuk .
sejuk seperti ais .

kaki melangkah kedalam bilik .
menyiapkan diri dengan seberapa segera .
jam , sekali lagi , telah pun menunjukkan waktunya - 7.50 pagi .
"cis , dah lambat ! selamat hujan ." - bentak hatiku .
dengan segera , aku menyiapkan diri dan berganjak keluar dari dalam bilik .

akhirnya , aku sampai juga di kawasan sekolah .
renyai hujan masih tidak berhenti .
memasuki sahaj pintu pagar , mak guard bersuara -"form five kan?"
hanya dengan anggukan aku membalas .
"pergi dewan" - balas mak guard .

terkial aku berjalan menuju ke dewan .
melintasi kantin yang dipenuhi budak lepasan pmr .
dan terus ke dewan .
sebentar sebelum aku melangkah masuk , doa pun telah dibacakan .
aku hanya menadah tangan .

selesai bacaan doa yang dipimpin oleh ustaz , aku segera masuk ke dewan .
belum sempat aku duduk , cikgu ain telah memberikan tugasan pagi - letakkan kerusi !
wah , malas sungguh !
memang aku malas masa tu .
tanpa banyak bicara , aku terus mengambil kerusi yang hanya beberapa meter di belakang dewan .


Thursday, November 3, 2011

berdiri dengan sendiri

aku tak pasti bila aku tegur kau ,
kau terima ke tak .

aku tak pasti kalau aku temankan kau ,
kau rasa selesa ke tak .

aku tak pasti kalau aku gembira ,
kau gembira ke tak .

aku tak pasti kau senang dengan aku ke tak .

tapi yang pasti aku buat semua sebab kau ,
aku sayang .

tapi bila satu hari aku hanya teman ketawa kau ,
maksudnya aku bukan lagi perhatikan kau .
dan kau ,
 bukan lagi keutamaan aku . 

sebab aku bukan menjaga satu hati .

bila kau bukan lagi perhatian aku , 
aku tahu , kau boleh berdiri dengan sendiri .

Tuesday, November 1, 2011

capital 'N'

Capital N ,
kenapa kau ?
lama aku tak nampak .

Capital N ,
semalam kau hantar pesanan ringkas ,
tapi aku tak balas ,
aku bukan malas ,
cuma kredit memang dah last .

Capital N ,
kau kenapa aneh ,
menghilangkan diri ,
mesej kau penuh misteri ,
buat aku tak senang hati .

Capital N ,
aku tak tahu apa yang terjadi ,
ianya seolah dilanda persoalan di hati ,
apahal dah berlaku sekarang ni ,
aku dah pening sekarang ni !

mana kau ghaib ? 



okay kah kau ?

kau kata kau okay .
aku rasa tak .
kau kata kau okay .
aku langsung tak percaya .

kau senyum ,
aku rasa lain .
cara kau pun lain .
apa yang aku rasa sangat lain .

bila kau dekat dengan aku ,
aku rasa tak macam dulu .
aku tau kau tak okay .

bila tanya kau kata chill .
bila tanya kau kata nevermind .
bila tanya kau kata sokeylah .

aku tahu aku salah .
aku minta sorry sangat .
aku tahu kau marah .
aku rasa bersalah sangat .

okay kah kau ? :')
satu je aku nak tanya ,
okay kah kau ?

kau diam

kau diam .
kau diam lagi .
satu suara tiada kedengaran .
satu pun tiada kau ucapkan .

kau diam .
kau dan aku sebelah je padahal .
kau tetap membisu .
seperti mulut ada batu .

kau diam .
dengan aku kau diam .
aku tak tahu apahal .
memang stress kadang-kadang .

kau diam .
aku diam .
sama-sama diam .
mungkin itu cara kau .
aku cakap susah ke nak cakap dengan aku .
kau jawab tak , aku memang macam tu .

kau diam .
aku diam .

jangan jadi bodoh , okay ;)


true friend

hari ni , aku tak nak taip banyak . cuma hari ni , aku post pasal kawan .
ya , kawan yang sejati .

mungkin diantara korang ada kawan baik .
dan , paling sengal , ada yang tak tahu siapa diorang selama diorang berkawan - bebal =.=''


kawan bermaksud apa ? aku pasti korang tahu . jadi , tidak perlu aku menaip lebih lanjut .
sila hayati ayat ini . aku akan translate dalam bahasa melayu - kalau tak faham ;D


mengandungi kata hikmah






<-------
























maksud ayat diatas :  KAWAN SEJATI/BAIK :
                                 kisahkan kau macam mak
                                 marahkan kau macam ayah
                                 bergurau macam kakak
                                 sakitkan hati kau macam abang
                                 dan sayang lebih dari kekasih

okay , faham kan ?

siapa sayang aku , angkat kaki :)

november satu

yabedahbeduk !
hari ni sudah pun masuk satu november .
bila masuk november maknanya ada 14 hari a.k.a 2 minggu nak periksa besar - sial .

hari terakhir bulan lepas memang macam bangsat !
aku pun tak tahu apahal - sengal .


tak banyak benda nak post pasal semalam .
mungkin kepenatan . kesakitan . kemarahan . kegembiraan . ketakutan .
hasil campur jadilah - malas ! 


setakat ni aku mampu memicit papan kekunci .
tak daya .