Friday, November 4, 2011

memohon restu - bahagian satu

bangun pagi terdengar bunyi hujan yang turun .
bau tanah basah sangat menyegarkan .
terus membuatkan aku tidak mahu berganjak dari katil .

leteran dari mama yang kuat , membuatkan aku terus bangkit dari posisi meniarap .
mengambil handphone untuk melihat jam - 7.05 pagi !
segera aku mengambil baju sekolah yang belum digosok lagi .

bersyukur pada tuhan kerana telah menurunkan rahmatNya di pagi hari .
bersyukur juga aku ada alasan lambat ke sekolah .

seterika aku pasang .
menunggu dia panas .
dengan sekali hayunan tangan , satu persatu bahagian baju aku gosok .

jam telah menujukkan waktu 7.25 pagi .
aku masih terkial-kial mengosok baju .
usai aku menggosok , terus aku mencapai tuala dan ke bilik mandi untuk menikmati air pagi yang sangat sejuk .
sejuk seperti ais .

kaki melangkah kedalam bilik .
menyiapkan diri dengan seberapa segera .
jam , sekali lagi , telah pun menunjukkan waktunya - 7.50 pagi .
"cis , dah lambat ! selamat hujan ." - bentak hatiku .
dengan segera , aku menyiapkan diri dan berganjak keluar dari dalam bilik .

akhirnya , aku sampai juga di kawasan sekolah .
renyai hujan masih tidak berhenti .
memasuki sahaj pintu pagar , mak guard bersuara -"form five kan?"
hanya dengan anggukan aku membalas .
"pergi dewan" - balas mak guard .

terkial aku berjalan menuju ke dewan .
melintasi kantin yang dipenuhi budak lepasan pmr .
dan terus ke dewan .
sebentar sebelum aku melangkah masuk , doa pun telah dibacakan .
aku hanya menadah tangan .

selesai bacaan doa yang dipimpin oleh ustaz , aku segera masuk ke dewan .
belum sempat aku duduk , cikgu ain telah memberikan tugasan pagi - letakkan kerusi !
wah , malas sungguh !
memang aku malas masa tu .
tanpa banyak bicara , aku terus mengambil kerusi yang hanya beberapa meter di belakang dewan .


No comments:

Post a Comment