Saturday, September 17, 2011

Journey To Open House - 16/9 bahagian 1

jam sudah menunjukkan 10:30 pagi , aku masih tersengal-sengal menaip papan kekunci baby lenovo membalas komen di facebook. masa berlalu pantas , sesekali mesej telefon datang bertalu bertanyakan aku sudah siap ataupun belum - aku nak ke rawang , ada open house .

mulanya rancangan aku ke rawang bersama saimah , syaznie , farah , leha dan iqbal. malangnya saimah tidak dapat hadir berikutan banyak open house dia kena terjah :) jadi , yang tinggal hanyalah kami dan tambah lagi seorang - Hanif .

sekali lagi , jam di dinding menjadi mangsa mata liar aku - 12:30 .
asalnya pukul 9 pagi , tetapi ditukar kerana pada hemat ku , terlalu awal .
farah yang sudah pun berada di rumah aku , duduk di kerusi menunggu syaznie yang masih belum sampai.dari tadi.

sesudah syaznie sampai , mama hantar aku , dan mereka ke stesen ktmb petaling. di sana aku bertemu azimah .
azimah dari tanjung malim , datang ke stesen petaling semata-mata untuk bertemu bfnya - entahlah.
berborak panjang menunggu iqbal dan hanif yang masih belum sampai . janjinya 12:10 , tapi pukul SATU !
"lembab!" - bentak hati aku.

berbual panjang dengan azimah yang dah lama aku tak jumpa rasa seronok juga. sambil menunggu dua orang yang macam pengantin tu berjalan. cerita punya cerita , sampai juga dua orang tu. jam dah pun menunjukkan pukul satu. masih lagi belum beli tiket ke rawang. aku memutuskan untuk naik train pukul 2 petang - skip solat jumaat , haha.

lama menunggu sambil berborak dan bergurau sengal . sesekali terdengar suara farah dan syaznie yang tergelak sakan , iqbal dengan hanif tak habis-hais mengacau adik aku , leha . akhirnya , train pun sampai .
yang perempuan masuk ladies coach , yang lelaki masuklah kat coach biasa yang sempit dengan puluhan manusia dari serata dunia , kebanyakkannya warga indonesia - pasrah jelah.

untuk ke rawang , kami kena menukar train . kami berhenti di kl sentral dan mengambil train 4 untuk ke rawang . naik je train ke rawang , barulah aku boleh bernafas . tak ramai orang . sunyi . banya ruang udara- itu yang penting ! haha .bagi sesipa yang turun ke rawang , kenalah turun kat sungai buloh - keretapi punya landasan runtuh @ banjir dari sungai buluh ke stesen akhir . kami menaiki bas rapid yang telah disediakan oleh pihak ktmb . ceh , tak semena-mena hujan pun turun - rahmat . hujan bukan rintik-rintik ataupun renyai-renyai , tetapi lebat nauzubillah . kilat sambar - menyambar , guruh sambung-menyambung . bersilih ganti . aku segerakan langkah menaiki bas ke rawang , berlari-lari anak dengan mereka yang lain . basah baju .

dalam bas , farah yang menjadi mangsa kekacauan hanif dengan iqbal . syaznie dah mula tidur sambil dengar lagu , leha termenung luar tingkap , aku terpaksa join gelak sebab tengah bosan . farah memang tak berhenti bercakap , membuatkan hanif denga iqbal bengang . haha . lalu mereka mengenakan farah untuk senyap selama 60 saat , belum sampai 60 saat farah dah membebl marahkan diorang berdua . aku tergelak-gelak menyebabkan perut aku sakit.

sampai kat stesen rawang , aku terus turun bas , berpusu-pusu yang lain dalam bas turun , macam lah train tu nak lari . aku call aqielah - sepupu aku buat open house
arahannya terus melintas jalan dan ke stesen bas , bas yang pergi ke kawasan rumah dia bernombor 43 , metro bas . arahn pun diikuti . aku mengikut apa yang diarahkan dan yang lain terus berjalan sambil membuat hal masing-masing , macam biasa , aku akan sentiasa di depan kerana tergesa-gesa nak ke sana .
menaikki jejantas tanda keselamatan .- cehh !

No comments:

Post a Comment