Monday, June 2, 2014

satu juni

pagi tu pagi satu juni,
bertahunkan 2014 masihi,
masih aku tertiarap mengemudi mobil selular,
keluar satu bunyi,
mesej masuk.

mukadimah awal perkenalan,
hi :),
aku pun langsung membalas,
berbalas balas antara kami,
sampai di tahap dia mahu bertemu,
di waktu subuh itu.

aku kaget,
cemas,
seronok,
imaji bermain ligat,
perasaan bagai nasi campur,
aku iyakan,
aku direkkan arah kerumah,
akhirnya dia tiba.

berbaju sejuk berwarna coklat,
berkereta hijau,
aku masih cemas mahu berjumpa,
dia yakinkan aku,
tak makan orang katanya,
lalu aku melabuh punggung dalam kereta,
kami berarak pergi mencari mamak,
nak lepak.

dalam kereta lagu afgan berkumandang,
terima kasih cinta katanya,
aku? masih lagi malu,
kami bertukar soalan,
dia banyak tertawa,
melihat aku umpama kayu,
gamaknya.

sesampai kedai mamak,
kami mengambil tempat,
oh lupa, dalam dompet aku langsung tak punya wang,
dia kata tak apa,
kami mengorder air yang sama,
teh ais kaku,
well the drink was on him,
made me freaking more awkward.

I'm trying to be cool,
but I can't,
berbual panjang,
berpuluh soalan,
berpuluh jawapan,
tertawa,
saling bergurau,
adakala tangan aku pantas mencubit perutnya,
atas soalan yang tak patut ditanya,
rasanya.

so we headed back to my house,
dalam perjalanan dia bermanja,
aku gelabah gila,
he were holding my hand,
but I pushed away,
he pulled back,
we had fisting argument,
it was fun,
literally.

along the highway,
I couldn't resist,
dalam malu aku mahu,
dia tahu,
aku mahu.

I just let him be,
cause he made me feel,
different,
appreciated and
in love.

ah, aneh si satu juni,
rupanya aku bermimpi,
di subuh hari.

No comments:

Post a Comment